Saya Akan Menulis Semula

Assalamualaikum geng!  

Blog ni akan saya jenamakannya semula. dari pengkhususan berkenaan tips berkenaan perniagaan kepada penulisan berkenaan aktiviti saya samada semasa kerja atau di luar waktu kerja. Sebab itu blog ini dinamakan 'Diari Seorang Usahawan SOHO'. SOHO itu bermaksud Small Office Home Office. Yup, sudah sekian lama niche perniagaan saya berkonsepkan bisnes dari rumah. 

Di rumah lah segalanya bermula. Ia adalah rumah saya, ia juga adalah ofis saya dan ia jugalah tempat kerja saya walaupun nanti saya perlu bekerja di luar dari kediaman saya. Mungkin ada penulisan yang lama saya akan sembunyikan dan mana-mana ilmu yang dah tak relevan akan saya padam. 

Jadi, sekiranya ada pembaca yang menemui blog saya melalui carian internet tidak akan dapat membaca tulisan saya yang lama terutama ilmu yang sudah tidak relevan untuk dipaparkan kepada umum.